AHLAN WA SAHLAN

Sunday 30 October 2011

JANGAN SESEKALI KAMU…

Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Saturday 29 October 2011

SATU-SATUNYA CINTA

" Katamu kamu cinta kepada Ku selamanya.. Katamu kamu rindu kepada Ku selalu.. Tapi mengapa AKU masih ragu.. Katamu AKU ini cinta terakhir kamu.. Katamu AKU ini cinta dalam hidupmu.. Tapi mengapa AKU masih ragu.. Mungkinkah AKU ini menjadi satu satunya cinta.. Yang terakhir kamu dan tak akan ada cinta yang kedua.. Dan ketiga dan cinta lainnya.. Katamu kamu hilang jika AKU pun pergi.. Katamu kamu musnah jika cinta Ku punah.. Tapi mengapa AKU masih ragu.."


Sudah berapa banyak kata cinta yang kau ucapkan.. Sudah berapa ribu kata rindu kau lantunkan kepadaku dari bibir manismu itu.. Tapi itu belumlah cukup untuk menyakinkan aku atas segala kerinduan mu.. Telah berulang kali kau kata aku yang satu.. tapi hatimu masih ada yang lain selain aku.. Pun juga kau telah berulang kali berkata kau mengingatku di setiap waktumu. Tapi maaf ku bila meragukan dirimu.. Kerana mengingat ku saja kau tak mampu.. Kau lupa mengingat ku berrrti telah ada perjumpaan dan percintaan antara kau dan aku sebelumnya hingga membuat dirimu selalu mengingat diriku dan cintaku.

Maka untuk kamu yang menginginkan aku menjadi kekasih hatimu.. Akan ku uji dirimu sebagai penghapus keraguan ku.. Kerana aku hanya ingin melihat kamu datang kepada ku sendiri tanpa ada siapapun didalam dirimu. Waktu tu aku adalah satu satunya cinta bagimu..

" Bila kamu mengira bahawa telah mengatakan cinta dan percaya kepada ku tanpa aku mengujimu terlebih dulu.. Maka sesungguhnya aku memberikan mu ujian untuk mengetahui seberapa besar cintamu.. Percaya dan yakin tentang aku.. Kerana sesungguhnya aku tahu mana yang benar dan mana yang berdusta.. AKU adalah SATU-SATUNYA CINTA yang MAHA MENGETAHUI..

Friday 28 October 2011

Berdoa Untuk Kebaikan di Dunia dan Akhirat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Do'a adalah senjata orang mukmin. Dalam kehidupan seorang mukmin, hidupnya penuh dihiasi dengan akhlak Islam, amal soleh, amal ibadah dan peribadi mulia yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Dalam keadaan hidup yang sukar dan perlu pengorbanan maka lidahnya sentiasa berzikir, berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T.  tanda pengharapannya yang mutlak kepada AllahS.W.T.

Nabi S.A.W. mengajarkan agar sentiasa berdoa tanda pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah S.W.T. salah satu doa yang sering baginda ucapkan yang maksudnya : "Ya Allah, perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku, perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku, perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan doa di atas terdapat lima perkara Nabi S.A.W memohon kepada Allah S.W.T.iaitu :

1. Perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku.

2. Perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku.

3. Perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan

4. Jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan

5. Jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan.



Thursday 27 October 2011

Renungan untuk Para Wanita dan Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, pikiran, dan perasaan lelaki pun akan resah. Masih mencari, walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, istri ataupun puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus (baca; bengkok), tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Memang tak logik klu kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah SWT, kerana mereka diciptakan begitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, maka kenalkanlah mereka kepada Allah, Dzat yang kekal. Disitulah kunci utamanya.

Akal mereka setipis rambutnya, maka tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, maka kuatkanlah dengan iman. Perasaan mereka selembut sutera, maka hiasilah dengan akhlak mulia. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Allah. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara ataupun women gladiator.

Bisikkanlah ke telinga mereka, bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan diri. Hal itu bukanlah diskriminasi Allah SWT. Sebaliknya, disitulah kasih sayang Allah padanya, kerana dari rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki2 berwajah negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan lainnya.

Tidak akan lahir “Superman” tanpa “Superwoman”. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka sendiri pula yang membengkokkan.

Lebih banyak lelaki yang dirosakkan oleh perempuan, daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodohnya seorang perempuan, boleh menundukkan sepandai-pandainya seorang lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhannya.

Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini, bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausahanya, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan ayah akan kehilangan puterinya.

Bila seorang wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Dan, wahai para lelaki, jangan hanya mengharapkan ketaatan dari seorang wanita. Namun binalah kepemimpinan dalam dirinya terlebih dahulu. Pastikan, sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri terlebih dahulu kepadaNya. Jinakkanlah diri menuju Allah, nescaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, jika peribadi belum lagi seperti Ali bin Abi Thalib. Renung2 kan dan selamat beramal...

Wednesday 26 October 2011

Tujuh Kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah bercakap perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika membuat sesuatu pada esok hari.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah pada waktu siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Maka, akan beroleh barakah dalam kehidupan. I'allah...Ameen.. 

Tuesday 25 October 2011

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Monday 24 October 2011

Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita

"Kenapa dia naik motor dengan perempuan tu? Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?" saya bertanya kepada seorang rakan.
"Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawab dia bersahaja.
"Dakwah apa? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan ke dalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawab. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pula.
Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...

1). Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shoppingdating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang (1)tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.

2). Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

3). Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.

4). Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

5). Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

6). Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya.Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.

Sunday 23 October 2011

cun x...hehehe...


ceewah control cun....hehehe...


ek eleh....


mak teh yang kepoh...


poyo betul...hehehe...

Saturday 22 October 2011

cis!!!...kurang ajar...

Ni la binatang yg kte paling xsuke skli...ptutla bkn main byk lg najis dia kt luar umh...rupe nye keje dia...cis!!! ikt sk ko je nk buang najis merata-rata...beradapla ckit...wt kotor umh kte je...najis besar2 plak tu...kurang ajr nye cicak...hehehe...cicak ni ayh kte yg tangkap...ms2 dia tgh landing2 kt ats syiling luar umh...ape lg ayh pn lastikla dia...ermmm ble t'kena mengelupur bdn dia menahan kesakitan...akhirnye ko tewas jgak...hahahahaha...padam muke ko!!!..


besar giler cicak ni...
..

Friday 21 October 2011

kenangan bersama cikgu2 di sk bb...


cikgu kecik gn murid pendidikan khas sk bb..


cikgu2 n PPM sk bb...


wahhh bkn main bergaya lg....




murid2 sk bb...

Wednesday 19 October 2011

ameen eidruce el muhammady bin azrin...

saat yg dinantikn oleh along n kak adib telah tibe...alhamdulillah, ptg semalam kak adib selamat melahirkn seorang baby boy...nm nye ameem eidruce el muhammady..ya allah, pjg nyee nm...yg pnggl cume ameen je...berat baby cm 2.43kg...muke mcm iras kak adib...tp ade yg ckp mcm iras along...ntahla cz masih baby lg kan...yg pntg mmg comel....yela nm pn baby...mstilah comel ekk...hehehe...selama 4 thn b'kawen...skrg ni br la along b'gelar ayah...mcm lawak je along jd ayah....hehehe...ape2 pn tahniah tuk along n kak adib...



ameen eidruce el muhammady bin azrin....

Tuesday 18 October 2011

Erti Senyum

1. Senyum membuat anda lebih menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa dan senang.
Orang yang selalu merengut, cemburu, mengerutkan kening  membuat orang disekeliling tidak selesa.
Orang yang banyak senyum memiliki banyak kenalan.

2. Senyum mengubah perasaan
Jika anda sedang sedih, cubalah tersenyum.
Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut penelitian, senyum boleh menguasai tubuh sehingga perasaan berubah..

3. Senyum menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia

4. Senyum menghilangkan stres
Stres boleh tergambar di raut wajah.
Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika anda stres,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imunitasi.
Senyum membuat sistem imunitasi bekerja lebih baik.
Fungsi imunitasi tubuh bekerja maksimum apabila seseorang merasa rileks.
Menurut penelitian, selesema dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah saat anda ketika tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda apabila senyum.
Tekanan darah apabila anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum membuat awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot .
Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan banyak tersenyum anda akan terlihat lebih awet muda.

8. Senyum membuat anda kelihatan sukses
Orang yg tersenyum dilihat lebih percaya kepada diri.
Senyumlah ketika bertemu dengan klien.
Pasti klien anda berasa senang dengan anda.


Monday 17 October 2011

besday kak alin...

actually ari sab2 lps besday kak alin...sian dia xdpt smbt besdy dia cz ktrg ms2 kt hspital lg...ibu kuar hspital around kul 1ptg...smpi umh dlm kul 2ptg...last2 mlm tu alang kuar gn kak alin g bli kek...blik umh ingtkn nk potong kek...tp yana plak dh tdo...cian plak dia nt xtgk mummy dia potong kek...so, esknye ari ahad br potong kek...italy kek lg tau...kelas ko maria!!!...



wahhh cedap nyeee...

Hikmah Sujud

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Friday 14 October 2011

ari operation...

salam...ari ni ibu operate...pg2 lg kte dh smpi hspital...lps antr adk g sek...kte n ayh trus g hspital...smpi hspital kul 7.30 pg...kte siap2 kan ibu nk msk blk bedah...dlm kul 8 mcm2 mak ngah n pak ngah dtg...along n kak adib dtg around kul 9 pg...kul 10 pg, ibu trus kna bwk g blk operate...ms2 ibu nngs2 cz tkt...ktrg sume bersalaman n pujuk ibu...cian ibu tgk ibu ms2...kte pn turut nngis...yela xprnh tgk ibu skt smpi kna operate...ni br tgk ibu mcm2...sedihla ht kte...wuaaaaaaaa...ibu kna operate kul 10 pg...kul 12.30 tghari ibu kuar dr blk operate...ms2 ibu xsedar sgt...mcm lalokla...mybe bius ade lg...ibu btl2 sedar around kul 4 ptg...ms2 ibu nk g toilet...ya allah, ksian tgk ibu ssh nk bgun...kte pn pggl nurse mntk tlg sm2 bwk ibu g toilet...ms2 adk-b'adik kte sume dh ade...cm alang yg dr kl je lum tibe...mak su tbe lps mghrib...kul 10 mcm2 alang n fmly dia tibe..br la nmpk ibu bermaya n semangat ckit cz tgk yana cucu ksygan dia dh smpi...


berbual sblm msk bilik operate...


b'bncang sesuatu gn mak ngah...


bersedia tuk masuk bilik operate... 

Wednesday 12 October 2011

hospital

salam sume...kte tgh prepare brg2 tuk ibu msuk hospital pd esk ari...ibu kna hernia...iaitu timbul benjolan di sekitar pusat...ibu nk mkn ubt je, xnk operate...tp dktor ckp t'pkse operate...cz benjolan2 terlalu besar...ibu kna pykit ini kire2 4 thn dl...ms2 ibu msh keje lg...ibu ingtkn cm pusat bujal je...tp lm2 benjolan tu makin besar...fmly ktrg dh srh ibu g check dktor tp ibu xnk cz tkt...ble dh bsr cmni br la dia t'gerak ht nk jmpe dktr kt hspital pantai...so, esknye ibu kna tahan wad tuk pemeriksaan lanjut...ari jmaat (14.10.2011) ibu kna operate...arap2 sume nye berjalan lancar n ibu cpt sembuh...i'allah...ameen..



Monday 10 October 2011

konvo adik di UUM

salam...last week fmly kte g konvo adik kt uum kedah...adik dh g dl ari rabu 28.9.2011 cz nk amk jubah konvo n jmpe kwn2 dia...kte, ibu n ayh gerak g kl dl ari jmaat lepas...ayh blk je solat jmaat ktrg trus gerak g kl umh alang....gerak awl cz sng nt ptg dh jam kt kl...org blk dr keje...lgpn mlm2 ktrg plan nk g umh nenek ngah kt desa pandan...ry ari2 xjmpe lg...so, ni br nk jmpela...

mlm jmaat lps mghrib je ktrg dh gerak g umh nek ngah...duk sn lepak2 jap dgr cite 'hot'...pas2 area kul 10 lbh ktrg pn mntk dr blik umh...cz esk pg2 lps sbuh nk gerak g kedah...pg sabtu bgun awl tau siap2 tlg ibu wt nc grg...lps srpn kul 7.45pg ktrg gerak ke kedah...kak alin yg drive dl smpi perak...then, pas2 alang plak yg drive smpila ke kedah...smpi kedah ktrg snggah mkn tghari kt 'jo cendol'...sedap glerla cendol dia...mmg kaw la...hehehe...pas2 g uum jmpe adk amk stiker konvo...

Lpas je jmpe adik, ktrg trus check in hotel t kt kuala perlis...around kul 3.30 ptg ktrg siap2 nk g shopping kt padang besar...mcm2 bli...pas2 dh lapar snggah mkn ikn bakar kt dpn jeti kuala perlis..bkn main melantak lg...yela lapa dpt lak mkn ikn bakar...ape lg ngap jela...blik hotel trus t'bongkang...letih gler asyk b'jln je...esk nye plak ktrg plan nk g langkawi...wahhh lg best...dpt round2 langkawi n bli coklat....nyam nyam nyam...ktrg sewa kete g jln2 kt makam mahsuri, galeria perdana, perusahaan mnyk gamat n mcm2 lg la...blk langkawi trus lepak kt hotel...lps mghrib plak ktrg g ekspo konvo kt uum...xbli ape pn cz duit byk dh abis...hehehe...just jln2 je...pas2 bli bunga tuk adk...dlm kul 10 mcm2 ktrg blik hotel...

next day ari snin pg2 lg dh bgun siap2 nk g konvo adik..yela time konvo kan sllu nye jln jam...so, kna la gerak awl...smpi uum kul 8 pg mcm2...pas2 kte, ibu n ayh msk dewan...alang n fmly dia duk jln2 sekitar uum...lm gak la nk tggu adk naik ats pentas...kte dh tdo bgun blik pn adk xnaik pentas lg...time adik b'baris naik pntas kte plak yg excited...hehehe...yela xprnh lg konvo...ni yg xsbr ni nk konvo bln 3 thn dpn...kikiki....pas2 tggu adk kuar dewan nk amk gmbr gn fmly...ktrg grk blik ke kl dlm kul 2 lbh mcm2...smpi kl around kul 11 mlm...esknye ari selasa pg2 lg ayh dh ajk blk melaka...tp tetibe je alang plan nk ajk g ikea tgk brg2 kt sn...ktrg pn siap2 g jln2 kt ikea...mcm2 design perabot umh ade kt sn...jd jakun gak la cz first time g sn...penat b'jalan tp best dpt cuci mate walaupn xbeli...hehehe...dlm kul 3 ptg ktrg gerak blik melaka....smpi melaka kul 6 ptg...fuhhhh mmg penat gler asyk b'jalan je...kte pn dh penat menaip dr td...so, jom la tgk pic plak...



mkn tengahari kt 'jo cendol'..


nyam nyam nyam sedapnye cendol ni........

pintu masuk uum...

naik feri ke langkawi...

bersantai di jeti....


perusahaan gamat...


ibu ayh di galeri perdana

nampak sweet je gambar tun mahathir ni....


mummy n babah...yana ntah kemana...

"MERDEKA!...MERDEKA!...MERDEKA!...


koleksi basikal lama...antik tau... 


lepak2 kt dataran lang...





seronok yana bawak kete...




bergambar sementara tggu adik kuar dewan....


babah beli upin tuk yana ye...tp dlm kete upin dh bocor...hehehe...


bergambar 1 famly di dpn dewan konvo...


kte n adik...


adik n kwn2 dia...




tahniah tuk adik...huhuhu