AHLAN WA SAHLAN

Friday, 28 October 2011

Berdoa Untuk Kebaikan di Dunia dan Akhirat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Do'a adalah senjata orang mukmin. Dalam kehidupan seorang mukmin, hidupnya penuh dihiasi dengan akhlak Islam, amal soleh, amal ibadah dan peribadi mulia yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Dalam keadaan hidup yang sukar dan perlu pengorbanan maka lidahnya sentiasa berzikir, berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T.  tanda pengharapannya yang mutlak kepada AllahS.W.T.

Nabi S.A.W. mengajarkan agar sentiasa berdoa tanda pengharapan dan pergantungan kita kepada Allah S.W.T. salah satu doa yang sering baginda ucapkan yang maksudnya : "Ya Allah, perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku, perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku, perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan." (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan doa di atas terdapat lima perkara Nabi S.A.W memohon kepada Allah S.W.T.iaitu :

1. Perbaikilah agamaku kerana ia merupakan pangkal urusanku.

2. Perbaikilah duniaku kerana ia merupakan penghidupanku.

3. Perbaikilah akhiratku kerana ia merupakan tempat kembaliku, dan

4. Jadikanlah hidup sebagai kesempatan untuk menambah setiap kebaikanku, dan

5. Jadikanlah mati sebagai pelepas diriku dari setiap kejahatan.



No comments:

Post a Comment